"Kek Lapis Sarawak (Sarawak Layer Cake) adalah kon kraftangan yang diperkenalkan oleh generasi lama di Sarawak. Dengan kesabaran dan tumpuan, Kek Lapis Sarawak kini ditawarkan dengan corak yang unik dan pelbagai perisa."
Kek Lapis Sarawak merupakan hasil kerja tangan tradisi warga Bumi Kenyalang yang diwarisi secara turun temurun. Penghasilan Kek Lapis Sarawak melalui proses manual yang amat teliti, rumit dan memakan masa maka tidak hairanlah harganya yang sedikit mahal. Kesabaran dan kesenian tinggi akan menghasilkan Kek Lapis Sarawak yang begitu menarik dalam kepelbagaian corak, rasa dan saiz.
Keunikan Kek Lapis Sarawak yang dihasilkan telah memberikan impak besar kepada masyarakat Malaysia hari ini. Kek Lapis Sarawak di samping menjadi menu utama hari – hari perayaan Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Krismas, Deepavali dan Gawai, turut menjadi pilihan di Majlis Perkahwinan, Pertunangan malahan tidak ketinggalan badan-badan korporat juga memilih Kek Lapis Sarawak menjadi cenderahati di majlis – majlis rasmi mereka sebagai satu bentuk kelainan.
Resipi bagi Kek Lapis Sarawak (Masam Manis 3 Rasa-Strawberi, Vanilla, Pandan) :
BAHAN A
Gula Halus 250 gram
Butter 450 gram
Ovalet 30 gram
Susu Pekat 300 gram
Bahan B
Telur 10 biji (Gred A)
Bahan C
Tepung Hong Kong 270 gram
Bahan D
Pewarna Merah + Perasa Strawberry
Pewarna Kuning + Perasa Vanila
Pewarna Hijau + Perasa Pandan
Masam Manis
Cara-Cara Mengadun:-
1. Pukul kesemua Bahan A sehingga KEMBANG dengan kelajuan yang MAXIMA.
2. Masukkan telur satu persatu sambil dipukul, juga dengan kelajuan sama (Maxima) sehingga habis.
3. Masukkan tepung dan adun dengan kelajuan yang PALING PERLAHAN hanya untuk sebatikan saja.
4. Bahagikan kan kpd 3 adunan dan di diwarnakan/diperasakan merah, kuning dan hijau.
Cara-Cara melapis:-
1. Sapukan sedikit margerin dasar loyang.
2. Alaskan dengan kertas minyak.
3. Sendukkan adunan warna merah ke dalam loyang dan ratakan dengan sudu supaya ia serata tebal nya.
4. Bakar dalam oven menggunakan api atas sahaja dengan api yang kecil.
5. Pastikan lapisan telah masak/bertukar warna sedikit anggaran masa 7-10 minit setiap lapisan baru dikeluarkan dari oven.
6. Tekan lapisan kek dengan alat penekan atau gelas yang rata untuk mengeluarkan angin jika ada.
7. Sapu sedikit butter di atas nya.
8. Ulang langkah 3-7 sehingga habis adunan warna merah, Ulangi pula untuk adunan Kuning dan Hijau.
9. Selang setiap lapisan , aturkan dengan masam manis.
Teknik nya: Sendukkan adunan ke dalam loyang dan ratakan dengan sudu supaya ia serata tebal nya. Aturkan masam manis diatas nya dan dengan menggunakan hujung jari, tekan sedikit masam manis supaya sedikit tenggelam kedalam. Ini adalah untuk mengelakkan masam -manis sedikit garing jika terdedah kepada api semasa membakar. Tekan sedikit sahaja sekadar ada sedikit lapisan tepung diatas nya. Ratakan kembali adunan tepung.
TIPS: Pastikan kek benar-benar sejuk sebelum dikeluarkan dari tin.