Powered by Blogger.
RSS

Nasi Lemak


Nasi lemak merupakan makanan yang diiktiraf sebagai hidangan nasional Malaysia. Hidangan ini bukan sahaja terkenal di Malaysia, malahan negara-negara serantau seperti Brunei dan Singapura. Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum juga amat meminati hidangan ini. 


Hidangan ini juga telah diasimilasikan untuk menepati cita rasa pelbagai kaum di negara ini. Sebagai contoh, terdapat nasi lemak tradisional, nasi lemak Malaysian-Indian, nasi lemak Malaysian-Chinese, nasi lemak Pulau Riau, dan juga nasi lemak Singapore-Malaysian. 

     
         
Bahan-Bahan:

Bahan Nasi Lemak:

500 gm beras ( dibersih & ditoskan)
3 ½ cawan santan
Garam secukup rasa
3 helai daun pandan (disimpulkan)

Sajian-sajian Tambahan:


2 biji telur (direbus,dibuang kulitnya & dihiris)
1 biji sedang timun (dipotong nipis-nipis)
90 gm kacang tanah (digoreng & dikupas kulitnya)
Ikan bilis goreng
Kacang tanah digoreng.
Garam secukup rasa

Bahan Untuk Buat Sambal:
125 gm ikan bilis 
125 gm bawang merah (dikisar)
60 gm lada kering (direndam & ditoskan)
6 biji buah keras
5 cm belacan (dibakar)
2 sudu minyak makan
1 batang serai (dititik)
1 cawan santan
1 sudu gula pasir
Garam & serbuk perasa secukup rasa
¾ cawan air asam jawa pekat



Cara:
Untuk memasak nasi:
Satukan semua bahan dalam sebuah periuk. Masak dengan bertutup,atas api yang kecil,hingga nasi masak & cukup kering airnya.
Buangkan daun pandan & isikan nasi ke dalam pinggan.

Untuk membuat sambal:

Giling semua bahan perencah.Panaskan minyak & tumiskan bahan giling hingga garing. Masukkan air asam jawa & teruskan memasak hingga keluar minyaknya. Buangkan serai. Rasalah asam garamnya & isikan ke dalam mangkuk. Hidangkan nasi lemak panas-panas atau sejuk, dengan sambal & sajian-sajian tambah.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment