Bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri ini, kami ingin membawakan satu hidangan yang amat terkenal semasa Hari Raya.
Rendang sebenarnya berasal daripada suku kaum Minangkabau yang telah diperkenalkan kepada penduduk tempatan dan diasimilasikan untuk menepati cita rasa penduduk tempatan. Rendang dari Minangkabau ini lebih kering berbanding dengan rendang yang sedia ada sekarang ini.
Rendang bukan sahaja disediakan semasa Hara Raya sahaja, bahkan pada hari-hari istimewa seperti perkahwinan, kenduri dan sebagainya. Terdapat banyak jenis rendang, antaranya rendang padang, rendang tok, rendang jengkal dan banyak lagi.
Resipi rendang ayam
Bahan A:-
- 1 ekor ayam (dipotong kecil)
- 2 cawan santan pekat (dari 1 biji kelapa)
- 1/2 cawan kerisik
- 2 helai daun kunyit (disiat)
- 2 keping asam gelugor (*ni akak tambah)
- 1 keping kecil gula kabung (*akak tambah ni)
- Garam secukup rasa
Bahan B (Dikisar):-
- 3 labu bawang besar (akak guna 1 labu bawang besar + 10 bj bawang merah)
- 5 ulas bawang putih
- 5 batang serai (ambil bahagian putih/lembut)
- 3 inci halia
- 1 inci lengkuas
- 1 inci kunyit hidup
- 15 tangkai cili kering
- 15 biji cili api
Cara Memasak:-
- Ayam dibuang kulit, dibersihkan dan toskan.
- Masukkan kesemua bahan (kecuali kerisek, daun kunyit, garam dan gula) ke dalam kuali besar dan kacau sebati atas api perlahan.
- Masak hingga ayam lembut dan kuahnya sebati..Kacau sekali sekala.
- Masukkan garam, gula dan kerisik, daun kunyit dan kacau rata. Seimbangkan rasa. Masak hingga kuah agak pekat atau terpulang masing2.
- Tutup api, angkat dan hidangkan dengan pulut, lemang, ketupat.
0 comments:
Post a Comment