Yusheng, yee sang atau yuu sahng ialah sejenis salad ikan mentah gaya Chaozhou. Yee sang biasanya terdiri daripada potongan daging ikan mentah (khususnya salmon), yang bercampur dengan cebisan sayur-sayuran dan beraneka sos dan perasa, dan ramuan-ramuan lain. secara harifah, "yusheng" diterjemah menjadi "ikan mentah", namun boleh dianggap melambangkan kemewahan, kemakmuran dan kesuburan. Makanan ini juga merupakan makanan tradisional orang Cina terutamanya pada sambutan Tahun Baru Cina.
yee sang
dimakan semasa sambutan Tahun Baru Cina
Hidangan ini direka di kawasan pantai selatan Cina seperti Chaozhou dan Shantou kira-kira 1,500 tahun dahulu, ketika Dinasti Song. Menurut lagenda, seorang dewi Cina yang dikenali sebagai Nǚwō (女娲) memperbuat manusia daripada tanah dan lumpur pada hari ketujuh bulan pertama tahun baru qamari. Sejak itu, hari ini dikenali sebagai "Hari Lahir Manusia". Adalah dipercayai bahawa kaum nelayan dan pelaut China Selatan zaman silam amat menghormati mitos ini. Pada masa kini, yusheng dihidangkan dalam jamuan atau upacara keagamaan, bukan sahaja untuk memperingati peristiwa itu, malah untuk memberi penghormatan kepada Nüwo. Pada abad ke-19 dan awal abad ke-20, kebanyakan nelayan ini berhijrah ke negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia dan Singapura untuk kehidupan yang lebih baik, dan membawa bersama hidangan tradisi ini.
Ramuan-ramuan yang biasanya digunakan ialah ikan salmon segar, berbagai jenis sayuran seperti lobak putih, lobak merah, cili, halia, daun limau purut, daun parsley Cina, kacang tanah cingcang (pilih jenama Shangtung), bijan goreng, keropok udang Cina, 5 spices. Sosnya pula diperbuat daripada sos plum, minyak bijan, minyak zaitun serta madu.
Bahan-bahannya:
300 gm salmon segar (RM120/kg -MESTI yang betul-betul segar)
1 lobak putih
1 lobak merah
1 zucchini
1/4 betik muda
5 helai daun purut
1/2 biji sngkuang
1 ulas limau pamelo
1 paket kacang cincang halus
1 bungkus keropok udang
1 senduk bijan goreng tanpa minyak
1 sudu 5 spices
1 inci halia
2 sudu besar lemon jus
2 sudu besar madu
2 sudu besar sos plum
1 sudu besar minyak bijan & minyak zaitun
Cara menyediakannya:300 gm salmon segar (RM120/kg -MESTI yang betul-betul segar)
1 lobak putih
1 lobak merah
1 zucchini
1/4 betik muda
5 helai daun purut
1/2 biji sngkuang
1 ulas limau pamelo
1 paket kacang cincang halus
1 bungkus keropok udang
1 senduk bijan goreng tanpa minyak
1 sudu 5 spices
1 inci halia
2 sudu besar lemon jus
2 sudu besar madu
2 sudu besar sos plum
1 sudu besar minyak bijan & minyak zaitun
Cara menyediakannya:Cara menyediakannya:
- Semua bahan-bahan di atas diparut @ dipotong halus-halus panjang.
- Susun di atas dulang besar & gaulkan.
#About this recipe: Hidangan perayaan popular di Singapura dan Malaysia dan biasanya disampaikan pada hari ke-7 Tahun Baru Cina. Ini bersama salad ikan mentah adalah berwarna-warni dan perbuatan melambung salad bersama-sama melambangkan Menyambut Ketibaan kemakmuran dan kemewahan untuk Tahun Baru.
0 comments:
Post a Comment