Powered by Blogger.
RSS

Roti Canai

Ini adalah serba sedikit pengenalan tentang Roti Canai. Roti canai atau roti jenis leper yang berbentuk bulat ini, merupakan satu makanan kegemaran di Malaysia. Ia dimakan sebagai makanan pagi, tengahari, petang, dan malam. Sering kali dimakan bersama dengan teh tarik, atau teh ais.Biasanya dihidangkan dengan kuah dal atau parpu atau kari dengan sambal ikan bilis.




Penggunaan perkataan canai dalam bahasa Melayu dibelakang roti adalah hasil dari tingkahlaku pencanai roti tersebut dalam meleperkan, menganginkan dan menebar doh roti. Ada juga menyatakan perkataan canai dibelakang roti ini asalnya dari jenis dal yang digunakan bersama roti ini, yakni "Channal". Pada versi yang lain, perkataan canai ini datangnya dari nama bandar ChennaiIndia disebabkan ramai pencanai roti ini kebanyakkan berasal dari sana pada ketika kebanjiran orang India di Malaysia.




Roti canai di India dan Singapura, ia lebih dikenali sebagai roti pratha. Rupa roti pratha dengan roti canai adalah sama dan bentuknya masih lagi bulat.


Cara-cara untuk menebar roti canai..




Bahan-Bahan:
(Sukatan Berikut Untuk 1kg Tepung Sahaja)

Bahan-bahan :-

1- 1 kilo tepung gandum
2- 4 sudu majerin
3- 500ml air
4- 3 sudu susu pekat
5- 1 sudu kecil garam
6- 2 sudu besar gula
7- 1 biji telur



Cara:
Cara-cara Membuatnya:-

1- Taburkan tepung di atas meja/dulang .
2- Buat bentuk seperti gunung berapi. (bulat di tengah)
3- Masukkan garam, gula, susu pekat, majerin, telur di tengah.
4- Gaul kesemuanya hingga sebati. Kemudian gaul dengan tepung.
5- Tuang air sedikit demi sedikit.
6- Uli sehingga doh tidak melekat dan lembut.
7- Biarkan doh tadi selama 2 jam.
8- Kemudian sapukan doh tadi dengan majerin dan buat bulat kecil kecil. Pastikan rata dengan majerin.
9- Tutup doh semula dan biarkan selama 2 jam.
10- Doh sedia untuk di canai.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment