Powered by Blogger.
RSS

Sate (ejaan lama, satay)

Sedikit pengenalan tentang sate. Sate dibuat daripada kepingan daging yang dicucuk pada lidi dan dibakar menggunakan api arang kayu.. Sate dicipta oleh orang Jawa yang menjual daging bakar di tepi jalan pada abad ke-19. Sate terdapat dalam beberapa jenis iaitu, sate aym, sate daging, sate arnab, sate kerang, sate ikan, dan sate ampai-ampai. Kuah sate disediakan daripada kacang yang ditumbuk lumat, digaul serta dimasak dengan pelbagai herba.

sate ayam dengan kuah kacang

sate daging

Cara-cara membuat sate


Cara-cara membuat kuah kacang


Resepi membuat sate 


Bahan-bahan ( 20 cucuk atau lebih )

  • 500 gram daging (hiris memanjang dan nipis)
  • 500 gram isi ayam (hiris memanjang dan nipis)
  • BAHAN PERAP
  • 2 batang serai
  • 1/2 inchi halia
  • 1/2 inchi lengkuas
  • 1/2 cawan jintan manis
  • 1/2 cawan jintan putih
  • 1/2 cawan gula
  • Garam, serbuk kunyit dan air secukupnya
  • 4 sudu besar sos tiram
  • 4 sudu besar kicap pekat
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 ulas bawang merah
  • 5 sudu besar minyak masak
  • BAHAN PERCIK
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 4 sudu besar susu tepung
  • 1 batang serai diketuk
  • BAHAN KUAH
  • 500 gram kacang tanah (goreng dengan minyak tanpa buang kulit)
  • 15 tangkai cili kering (rendam dalam air panas dulu)
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 1/2 cawan gula perang
  • Garam, gula putih , air dan serbuk perasa secukupnya
  • BAHAN-BAHAN LAIN
  • Timun secukupnya sebagai ulam
  • Bawang besar sebagai ulam
  • Ketupat nasi (jika suka)
  • Lidi satay secukupnya

Cara-cara

  1. Kisar kesemua bahan perap hingga halus.Kemudian perapkan daging dan ayam dalam bekas berasingan dengan menggunakan bahan perap ini selama 2 jam.Kemudian kelimkan pada lidi satay dengan kemas.Bakar hingga masak.
  2. Gaulkan sebati minyak dan susu.Percikkan bahan ini diatas satay semasa membakar.
  3. Kisar bahan-bahan kuah hingga separuh lumat.Masakkan bahan ini atas api kecil hingga pekat.
  4. Sedia dihidang bersama timun,bawang besar dan ketupat nasi.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bubur Cha Cha

Bubur Cha Cha merupakan manisan tradisional Baba Nyonya. Hidangan ini telahpun diasimilisasikan dengan menambah rempah Melayu dan India. Pada hari-hari istimewa seperti perayaan dan perkahwinan, Bubur Cha Cha dihidangkan kepada kaum kerabat.


Bubur Cha Cha juga dihidangkan semasa kaum Cina menyambut Chap Goh Meh terutamanya di Pulau Pinang. Antara contoh Bubur Cha Cha yang boleh didapti di Malaysia ialah Bubur Cha Cha keledek, Bubur Cha Cha pisang dan juga Bubur Cha Cha keladi. 



Resipi Bubur Cha Cha Keledek
    Bahan-bahan:
  • 500gm Ubi Keledek (dipotong dadu)
  • 400gm Gula (tuang sedikit-sedikit dan rasa)
  • 1.7l Santan
  • 1 cawan Cha Cha Warna (seperti cendol)
  • ½ cawan Sago (rendam bersama air)
  • 3 helas Daun Pandan
  • Garam (untuk rasa lemak)

    Cara-cara penyediaan:
  • Masak di dalam periuk santan, ubi keladi sehingga setengah masak.
  • Kemudian masukkan cha-cha warna dan sago.
  • Masukkan daun pandan, gula dan sedikit garam.
  • Masak sehingga ubi keladi dan cha cha warna betul-betul masak.
  • Boleh juga masukkan ubi keledek.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

asam laksa penang

      Laksa merupakan sejenis makanan berkuah seperti mi di negara Malaysia dan Singapora. Makanan ini dikatakan berasal daripada orang Cina yang berhijirah ke Tanah Melayu (Peranakan). Perkataan Laksa dikatakan berasal daripada bahasa Sanskrit laksha yang bermaksud banyak, merujuk kepada betapa banyaknya kandungan dan rempah yang dugunakan.

       Menurut kajian daripada CNN International Food Survey, Asan Laksa Penang mendapat tempat ke-7 dalam makanan yang paling sedap di dunia.


Video mengenai cara-cara menyediakan Asam Laksa Penang..


Resepi Asam Laksa Penang

Bahan-bahan
  • 1kg laksa (dicelur)
  • 1kg ikan kembung
  • 2 batang bunga kantan
  • 5 keping asam gelugur
  • 10 biji cili padi
  • 1 tangkai daun kesum
  • 2 sudu besar otak udang
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 4 liter air
  • 1 biji timun (dihiris)
  • sedikit daun salad dihiris
  • 2 biji bawang besar (dihiris)
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 4 biji telur rebus
  • garam secukup rasa
Cara-cara membuatnya...
  1. Rebus ikan kembung hingga lembut
  2. Buangkan tulangnya dan kisar isi ikan hingga halus
  3. Masukkan bawang besar, bunga kantan, serai, daun kesum, cili padi, cili kisar, asam gelugur, otak udang dan air ke dalam periuk.
  4. Biarkan mendidih selama 20minit
  5. Masukkan isi ikan dan garam lagi selama 10minit
  6. Masukkan laksa ke dalam mangkuk dan tuangkan kuah panas hingga penuh, bubuh salad, timun dan telur rebus.
  7. Asam Laksa Penang sudah siap sedia untuk dihidangkan. :)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Yee Sang

Yushengyee sang atau yuu sahng  ialah sejenis salad ikan mentah gaya Chaozhou. Yee sang biasanya terdiri daripada potongan daging ikan mentah (khususnya salmon), yang bercampur dengan cebisan sayur-sayuran dan beraneka sos dan perasa, dan ramuan-ramuan lain. secara harifah, "yusheng" diterjemah menjadi "ikan mentah", namun boleh dianggap melambangkan kemewahan, kemakmuran dan kesuburan. Makanan ini juga merupakan makanan tradisional orang Cina terutamanya pada sambutan Tahun Baru Cina. 


yee sang

dimakan semasa sambutan Tahun Baru Cina

Sejarah Yee Sang
Hidangan ini direka di kawasan pantai selatan Cina seperti Chaozhou dan Shantou kira-kira 1,500 tahun dahulu, ketika Dinasti Song. Menurut lagenda, seorang dewi Cina yang dikenali sebagai Nǚwō (女娲) memperbuat manusia daripada tanah dan lumpur pada hari ketujuh bulan pertama tahun baru qamari. Sejak itu, hari ini dikenali sebagai "Hari Lahir Manusia". Adalah dipercayai bahawa kaum nelayan dan pelaut China Selatan zaman silam amat menghormati mitos ini. Pada masa kini, yusheng dihidangkan dalam jamuan atau upacara keagamaan, bukan sahaja untuk memperingati peristiwa itu, malah untuk memberi penghormatan kepada Nüwo. Pada abad ke-19 dan awal abad ke-20, kebanyakan nelayan ini berhijrah ke negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia dan Singapura untuk kehidupan yang lebih baik, dan membawa bersama hidangan tradisi ini.






Ramuan-ramuan yang biasanya digunakan ialah ikan salmon segar, berbagai jenis sayuran seperti lobak putih, lobak merah, cili, halia, daun limau purut, daun parsley Cina, kacang tanah cingcang (pilih jenama Shangtung), bijan goreng, keropok udang Cina, 5 spices. Sosnya pula diperbuat daripada sos plum, minyak bijan, minyak zaitun serta madu.  


Bahan-bahannya:

300 gm salmon segar (RM120/kg -MESTI yang betul-betul segar)
1 lobak putih
1 lobak merah
1 zucchini
1/4 betik muda
5 helai daun purut
1/2 biji sngkuang
1 ulas limau pamelo
1 paket kacang cincang halus
1 bungkus keropok udang
1 senduk bijan goreng tanpa minyak
1 sudu 5 spices
1 inci halia 
2 sudu besar lemon jus
2 sudu besar madu
2 sudu besar sos plum
1 sudu besar minyak bijan & minyak zaitun

Cara menyediakannya:
300 gm salmon segar (RM120/kg -MESTI yang betul-betul segar)

1 lobak putih
1 lobak merah
1 zucchini
1/4 betik muda
5 helai daun purut
1/2 biji sngkuang
1 ulas limau pamelo
1 paket kacang cincang halus
1 bungkus keropok udang
1 senduk bijan goreng tanpa minyak
1 sudu 5 spices
1 inci halia 
2 sudu besar lemon jus
2 sudu besar madu
2 sudu besar sos plum
1 sudu besar minyak bijan & minyak zaitun
Cara menyediakannya:
Cara menyediakannya:

  1. Semua bahan-bahan di atas diparut @ dipotong halus-halus panjang.
  1. Susun di atas dulang besar & gaulkan.


#About this recipe: Hidangan perayaan popular di Singapura dan Malaysia dan biasanya disampaikan pada hari ke-7 Tahun Baru Cina. Ini bersama salad ikan mentah adalah berwarna-warni dan perbuatan melambung salad bersama-sama melambangkan Menyambut Ketibaan kemakmuran dan kemewahan untuk Tahun Baru.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Roti Canai

Ini adalah serba sedikit pengenalan tentang Roti Canai. Roti canai atau roti jenis leper yang berbentuk bulat ini, merupakan satu makanan kegemaran di Malaysia. Ia dimakan sebagai makanan pagi, tengahari, petang, dan malam. Sering kali dimakan bersama dengan teh tarik, atau teh ais.Biasanya dihidangkan dengan kuah dal atau parpu atau kari dengan sambal ikan bilis.




Penggunaan perkataan canai dalam bahasa Melayu dibelakang roti adalah hasil dari tingkahlaku pencanai roti tersebut dalam meleperkan, menganginkan dan menebar doh roti. Ada juga menyatakan perkataan canai dibelakang roti ini asalnya dari jenis dal yang digunakan bersama roti ini, yakni "Channal". Pada versi yang lain, perkataan canai ini datangnya dari nama bandar ChennaiIndia disebabkan ramai pencanai roti ini kebanyakkan berasal dari sana pada ketika kebanjiran orang India di Malaysia.




Roti canai di India dan Singapura, ia lebih dikenali sebagai roti pratha. Rupa roti pratha dengan roti canai adalah sama dan bentuknya masih lagi bulat.


Cara-cara untuk menebar roti canai..




Bahan-Bahan:
(Sukatan Berikut Untuk 1kg Tepung Sahaja)

Bahan-bahan :-

1- 1 kilo tepung gandum
2- 4 sudu majerin
3- 500ml air
4- 3 sudu susu pekat
5- 1 sudu kecil garam
6- 2 sudu besar gula
7- 1 biji telur



Cara:
Cara-cara Membuatnya:-

1- Taburkan tepung di atas meja/dulang .
2- Buat bentuk seperti gunung berapi. (bulat di tengah)
3- Masukkan garam, gula, susu pekat, majerin, telur di tengah.
4- Gaul kesemuanya hingga sebati. Kemudian gaul dengan tepung.
5- Tuang air sedikit demi sedikit.
6- Uli sehingga doh tidak melekat dan lembut.
7- Biarkan doh tadi selama 2 jam.
8- Kemudian sapukan doh tadi dengan majerin dan buat bulat kecil kecil. Pastikan rata dengan majerin.
9- Tutup doh semula dan biarkan selama 2 jam.
10- Doh sedia untuk di canai.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Nasi Lemak


Nasi lemak merupakan makanan yang diiktiraf sebagai hidangan nasional Malaysia. Hidangan ini bukan sahaja terkenal di Malaysia, malahan negara-negara serantau seperti Brunei dan Singapura. Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum juga amat meminati hidangan ini. 


Hidangan ini juga telah diasimilasikan untuk menepati cita rasa pelbagai kaum di negara ini. Sebagai contoh, terdapat nasi lemak tradisional, nasi lemak Malaysian-Indian, nasi lemak Malaysian-Chinese, nasi lemak Pulau Riau, dan juga nasi lemak Singapore-Malaysian. 

     
         
Bahan-Bahan:

Bahan Nasi Lemak:

500 gm beras ( dibersih & ditoskan)
3 ½ cawan santan
Garam secukup rasa
3 helai daun pandan (disimpulkan)

Sajian-sajian Tambahan:


2 biji telur (direbus,dibuang kulitnya & dihiris)
1 biji sedang timun (dipotong nipis-nipis)
90 gm kacang tanah (digoreng & dikupas kulitnya)
Ikan bilis goreng
Kacang tanah digoreng.
Garam secukup rasa

Bahan Untuk Buat Sambal:
125 gm ikan bilis 
125 gm bawang merah (dikisar)
60 gm lada kering (direndam & ditoskan)
6 biji buah keras
5 cm belacan (dibakar)
2 sudu minyak makan
1 batang serai (dititik)
1 cawan santan
1 sudu gula pasir
Garam & serbuk perasa secukup rasa
¾ cawan air asam jawa pekat



Cara:
Untuk memasak nasi:
Satukan semua bahan dalam sebuah periuk. Masak dengan bertutup,atas api yang kecil,hingga nasi masak & cukup kering airnya.
Buangkan daun pandan & isikan nasi ke dalam pinggan.

Untuk membuat sambal:

Giling semua bahan perencah.Panaskan minyak & tumiskan bahan giling hingga garing. Masukkan air asam jawa & teruskan memasak hingga keluar minyaknya. Buangkan serai. Rasalah asam garamnya & isikan ke dalam mangkuk. Hidangkan nasi lemak panas-panas atau sejuk, dengan sambal & sajian-sajian tambah.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Char Kuey Teow

Satu makanan yang amat biasa didengari. Char Kuey Teow amat popular di Malaysia tanpa mengira kaum. Apakah beza dan keistimewaan makanan tradisional Cina ini?


Beza Char Kuey Teow dengan kuey teow biasa ialah Char Kuey Teow adalah lebih basah berbanding dengan kuey teow goreng biasa. Malah, ada juga terdapat Char Kuey Teow yang berkuah pekat. Hidangan ini sebenarnya dimasak untuk dijual kepada buruh disebabkan kosnya yang murah oleh para nelayan dan petani. 

Char Kuey Teow ini bukan sahaja terkenal di Malaysia, malah hidangan ini amat popular di Brunei, Singapura dan Indonesia. Hidangan ini menggunakan sejenis mee yang dikenali sebagai 'shahe fen'. Hidangan ini juga diubahsuai untuk menepati cita rasa penduduk Malaysia yang pelbagai kaum ini. 



Resipi Char Kuey Teow

BAHAN PASTE *
220 gm udang
250ml air
5 ulas bawang putih di ketuk
5-7 sbesar sos tiram
3 skecil kicap pekat
3 sbesar kicap manis
1 skecil petis
2 sbesar pati ikan bilis / pati udang
2 skecil garam (kalau sos tiram masin kurangkan 2skecil)
1 skecil gula

BAHAN MEE 
300 gm kuey teow
1 sb cili boh / cili giling
kerang
sedikit kucai & taugeh
2 biji telur

Cara-cara

PASTE- Rebus udang dgn air.

Apabila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang
Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat.
Matikan api biarkan paste sejuk .

MEE- Tumis cili boh atau cili giling hingga garing. Masukkan dlm 5sbesar paste yang telah dimasak .
Kemudian masukkan udang yg telah direbus dan kerang, penang char kuey teow agak basah dan berkuah,perlu tambah sedikit air 1/2 cwn.
Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat.
Proses memasak kuey teow ni dlm 4 minit, pastikan api yang agak kuat semasa memasak

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rendang

Bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri ini, kami ingin membawakan satu hidangan yang amat terkenal semasa Hari Raya.


Rendang sebenarnya berasal daripada suku kaum Minangkabau yang telah diperkenalkan kepada penduduk tempatan dan diasimilasikan untuk menepati cita rasa penduduk tempatan. Rendang dari Minangkabau ini lebih kering berbanding dengan rendang yang sedia ada sekarang ini. 

Rendang bukan sahaja disediakan semasa Hara Raya sahaja, bahkan pada hari-hari istimewa seperti perkahwinan, kenduri dan sebagainya. Terdapat banyak jenis rendang, antaranya rendang padang, rendang tok, rendang jengkal dan banyak lagi.



Resipi rendang ayam

Bahan A:-
  • 1 ekor ayam (dipotong kecil)
  • 2 cawan santan pekat (dari 1 biji kelapa)
  • 1/2 cawan kerisik
  • 2 helai daun kunyit (disiat)
  • 2 keping asam gelugor (*ni akak tambah)
  • 1 keping kecil gula kabung (*akak tambah ni)
  • Garam secukup rasa
Bahan B (Dikisar):-
  • 3 labu bawang besar (akak guna 1 labu bawang besar + 10 bj bawang merah)
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 batang serai (ambil bahagian putih/lembut)
  • 3 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 15 tangkai cili kering
  • 15 biji cili api
Cara Memasak:-
  1. Ayam dibuang kulit, dibersihkan dan toskan.
  2. Masukkan kesemua bahan (kecuali kerisek, daun kunyit, garam dan gula) ke dalam kuali besar dan kacau sebati atas api perlahan.
  3. Masak hingga ayam lembut dan kuahnya sebati..Kacau sekali sekala.
  4. Masukkan garam, gula dan kerisik, daun kunyit dan kacau rata. Seimbangkan rasa. Masak hingga kuah agak pekat atau terpulang masing2.
  5. Tutup api, angkat dan hidangkan dengan pulut, lemang, ketupat.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kek Lapis Sarawak

"Kek Lapis Sarawak (Sarawak Layer Cake) adalah kon kraftangan yang diperkenalkan oleh generasi lama di Sarawak. Dengan kesabaran dan tumpuan, Kek Lapis Sarawak kini ditawarkan dengan corak yang unik dan pelbagai perisa."



Kek Lapis Sarawak merupakan hasil kerja tangan tradisi warga Bumi Kenyalang yang diwarisi secara turun temurun. Penghasilan Kek Lapis Sarawak melalui proses manual yang amat teliti, rumit dan memakan masa maka tidak hairanlah harganya yang sedikit mahal. Kesabaran dan kesenian tinggi akan menghasilkan Kek Lapis Sarawak yang begitu menarik dalam kepelbagaian corak, rasa dan saiz. 

Keunikan Kek Lapis Sarawak yang dihasilkan telah memberikan impak besar kepada masyarakat Malaysia hari ini. Kek Lapis Sarawak di samping menjadi menu utama hari – hari perayaan Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Krismas, Deepavali dan Gawai, turut menjadi pilihan di Majlis Perkahwinan, Pertunangan malahan tidak ketinggalan badan-badan korporat juga memilih Kek Lapis Sarawak menjadi cenderahati di majlis – majlis rasmi mereka sebagai satu bentuk kelainan.


Resipi bagi Kek Lapis Sarawak (Masam Manis 3 Rasa-Strawberi, Vanilla, Pandan) :

BAHAN A
Gula Halus 250 gram
Butter 450 gram
Ovalet 30 gram
Susu Pekat 300 gram

Bahan B
Telur 10 biji (Gred A)

Bahan C
Tepung Hong Kong 270 gram

Bahan D
Pewarna Merah + Perasa Strawberry
Pewarna Kuning + Perasa Vanila
Pewarna Hijau + Perasa Pandan
Masam Manis

Cara-Cara Mengadun:-
1. Pukul kesemua Bahan A sehingga KEMBANG dengan kelajuan yang MAXIMA.
2. Masukkan telur satu persatu sambil dipukul, juga dengan kelajuan sama (Maxima) sehingga habis.
3. Masukkan tepung dan adun dengan kelajuan yang PALING PERLAHAN hanya untuk sebatikan saja.
4. Bahagikan kan kpd 3 adunan dan di diwarnakan/diperasakan merah, kuning dan hijau.

Cara-Cara melapis:-
1. Sapukan sedikit margerin dasar loyang.
2. Alaskan dengan kertas minyak.
3. Sendukkan adunan warna merah ke dalam loyang dan ratakan dengan sudu supaya ia serata tebal nya.
4. Bakar dalam oven menggunakan api atas sahaja dengan api yang kecil.
5. Pastikan lapisan telah masak/bertukar warna sedikit anggaran masa 7-10 minit setiap lapisan baru dikeluarkan dari oven.
6. Tekan lapisan kek dengan alat penekan atau gelas yang rata untuk mengeluarkan angin jika ada.
7. Sapu sedikit butter di atas nya.
8. Ulang langkah 3-7 sehingga habis adunan warna merah, Ulangi pula untuk adunan Kuning dan Hijau.
9. Selang setiap lapisan , aturkan dengan masam manis.
Teknik nya: Sendukkan adunan ke dalam loyang dan ratakan dengan sudu supaya ia serata tebal nya. Aturkan masam manis diatas nya dan dengan menggunakan hujung jari, tekan sedikit masam manis supaya sedikit tenggelam kedalam. Ini adalah untuk mengelakkan masam -manis sedikit garing jika terdedah kepada api semasa membakar. Tekan sedikit sahaja sekadar ada sedikit lapisan tepung diatas nya. Ratakan kembali adunan tepung.

TIPS: Pastikan kek benar-benar sejuk sebelum dikeluarkan dari tin.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS